Sejarah Program Pendidikan Khas Integrasi ( Masalah Pembelajaran )Sk.Surati, Papar

Program ini telah mula beroperasi pada bulan Mac 2000 dengan menumpang di sebuah bilik yag disediakan untuk kelas Pemulihan Khas di Sk.Pekan Papar.Bilangan murid pertama pada masa tersebut ialah 7 orang iaitu 6 lelaki dan 1 perempuan. Tenaga pengajar pula adalah 2 orang iaitu Pn.Afsah Ajun dan Pn.Nancy Marius. Pada awal tahun 2001, program ini telah berpindah ke sekolah baru iaitu Sk.Surati, Papar dan ditempatkan di tingkat bawah Blok C. Setelah mendapat peruntukan naik taraf kelas, sekali lagi program ini berpindah ke bilik baru yang terletak di tingkat bawah blok D. Program ini telah mendapat peruntukan untuk membina bangunan baru yang mana telah di bina bersebelahan dengan bangunan Prasekolah Sk.Surati, Papar. Pada tahun 2010, bilangan murid semakin bertambah menjadi 35 0rang, 9 0rang guru dan 2 orang PPM. Kini pada tahun 2011, bilangan murid bertambah sebanyak 36 orang.Tenaga pengajar pula 7 orang, 3 lelaki dan 4 perempuan dan PPM 3 orang.
No posts.
No posts.